Jumaat, 21 Ogos 2009

Ar Rayan


Foto : Ini kanak kanak orang Asli di Kg Merbau (Anak angkat saya) budak budak macam ni tak layak puasa, apakah anda orang yang mengaku Islam dan baligh tapi ingin watak seperti anak anak ini?



Di akhirat ada sebuah syurga yang bernama Ar Rayan. Syurga ini adalah di khususkan kepada hamba hamba Allah yang berpuasa dengan sempurna. Dlm sabda nabi "Syurga mempunyai pintu yang dinamakan Rayyan,tidak akan memasukan kecuali orang orang yang berpuasa"

Begitulah hebatnya puasa yang Allah wajibkan keatas setiap hambanya. Allah telah menetapkan bahawa setiap hambanya yang berimam dengan sempurna akan masuk ke syurga yang sangat indah tak tergambar oleh mata iaitu yang bernama Ar Rayan.

Apakah syaratnya wajib Puasa?

1 Islam
2 Baligh
3 Berakal
4 Mampu berpuasa

Kalaulah begini syarat wajib berpuasa makna ramailah orang mampu berpuasa. Tapi hari ini lain pula orang wajib berpuasa ni ramai dan mereka ini tidak mahu berpuasa pun ramai juga kerana beberapa perkara yang tidak masuk akal seperti lapar dan alasanya sakit gistrik.

Hari ini kalau kita menjengok di restoran makanan segera, maka bersepah sepah orang Islam yang tak tau malu makan dengan selamba saja. Dan di kedai mamak pula kita akan lihat orang orang yang tidak sempurna imamnya akan makan sehingga kenyang. Apakah kuatkuasa sebuah negara Islam untuk benteras orang gagal berpuasa? Senang saja hukum orang tak puasa ni kita lumbu (sumbat) mulutnya dengan nasi yang tengah mengelegak tu biar dia rasa sikit kepanasan nasi yg mengelegak tu. Anda nak tau nasi yg tengah mengelegak tu panasnya boleh melecurkan kulit.

0 ulasan: