Rabu, 3 November 2010

JATUH DAN BANGUN




ADAM EH, Sangat tabah, foto bawah dia sentiasa mengikut kelas agama dan di foto atas inilah keadaan adam sewaktu awal dia memeluk agama Islam, membawa semuanya di atas motor tanpa mengira keselamatan dirinya atau malu atau apa orang kata.

"Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri". (Q.S. Ar-Ra'd: 13).

Perubahan adalah kata yang boleh memberi semangat yang ajaib yang luar biasa. Dan bahkan ada ungkapan "bahwa tiada yang abadi di dunia ini kecuali perubahan". Perubahan adalah semangat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ketika masyarakat Quraisy berada dalam keadaan yang tertekan yang berkepanjangan, Rasulullah mengubah keadaan dan suasana.

Aku seorang pemuda remaja laki-laki yang dilahirkan dibumi Malaysia,Negara yang mederka, iaitu negara yang bebas berbuat apa sahaja aku mahu menjadi insan yang bertanggungjawab pada diriku sendiri, agamaku, bangsaku dan negaraku

Ku sangka panas hingga kepetang, tapi rupanya hujan di tengahari, aku telah di perdayakan dan segala gala yang ku usahakan untuk membeli sebuah kenderaan bagi mengelakan tulang belakangku sakit telah berkecai.

Aku di tipu, tidak tahulah di manalah silapnya mungkin ini dugaan bagiku

Aku pernah beberapa ketika aku rasa mahu menamatkan hidup ku ini dengan cara yang paling bodoh, yang paling tidak beriman, yang tragedis.Tapi Allah maha penyayang dan pengasih aku di sentap dari kejahatan syaitan durjana yang mempermainkan aku di saat aku susah itu.

Bila aku tersedar bahawa segala apa yang ku fikirkan itu adalah perbuatan yang merugikan aku, aku menangis semahunya dan aku berserah diri pada Allah.

Di saat itu Allah datangkan aku seorang sahabat yang begitu baik denganku.
Dia menasihati supaya aku sabar.

Kini
Aku mahu menjadi orang yang bersabar iaitu orang yg dicintai Allah, sebagaimana firmanNya:Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. (ali-Imran:146)

Kini
Aku pantang menyerah setelah aku mencoba hidup setelah di halau oleh papa kerana aku mahu memeluk agama Islam ketika itu, danketika itu saat yang paling menyedihkan kerana aku kehilangan segala galnay .

Tapi dengan sedikit ujian seperti ini iaitu aku di tipu maka aku mahu menamat sisa usia muda ku

Kini Adam Eh telah melangkah gagah berjuang untuk meneruskan hidup
1 Aku telah menjual buku buku karya di selruh restoran, gerai dan di kaki lima tanpa rasa malu, segan bagi mendapatkan kembali duit yang mungkin menjadi rezekinya.Adam bekerja dari pagi hingga kemalam.
2 Aku melawan peyakit tulang belakangku dengan motivasi yang kuat
3 Aku belajar bersabar dengan berbagai dugaan ini
4 Aku menerima segalanya dengan hati yang terbuka
5 Aku berdoa semoga usaha ku di permudahkan Allah
6 Aku tetap meneruskan pengajian sebagai tanda aku mampu lakukan
7 Aku laku usaha tambahan iaitu mengadakan persembahan silap mata yang merupakan kemahiran ku
8 Aku berdakwah jika ada permintaan dari surau atau masjid
Adam menjadi semakin tabah dan kuat.

Kini Aku redah segalanya,

dalam al-Quran surah al-Insyirah ayat 5-6 dinyatakan "karena sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sungguh bersama kesulitan itu ada kemudahan". Lalu mengapa ketika kita menghadapi masalah membuat kita menjadi pesimis seolah kita tidak punya Allah? Mengapa ketika kita gagal membuat kita enggan untuk kembali mencoba? Padahal dalam sebuah ungkapan disebutkan bahwa "perjalanan satu mil itu dimulai dengan satu langkah pertama".

Kegagalan adalah hal biasa, namun yang luar biasa adalah bagaimana kita bangkit dari kegagalan itu.

Selain dari Allah pengaduaanku, Afiq adalah curahan hatiku dia telah memberi kekuatan didalam hidupku, bagiku airmataku ibaratnya sudah kering.

Aku masih ingat lagi beberapa tips yang di beri oleh sahabatku itu

1Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.
2Perbanyakkan membaca Al-Quran.
3Banyakkan solat sunat
4Selalu berdoa kepada Allah
5Bersangka baik dengan Allah
6Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
7Amal diet dengan disiplin yang kuat
8Menangis dengan sepuas hati
9Hargai kebolehan diri sendiri
10Cintai diri sendiri

Kini tahulah aku, bahawa Tidak ada hidup tanpa dugaan ! Hidup itu memang penuh dugaan , baik dugaan dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, suka mahupun duka, kenikmatan atau didalam kesusahan.

Kadangkala itu dugaan itu kita anggap masalah itu.Tetapi sesungguhnya adalah lebih baik kita menandatangi segala dugaan itu

Tiada ubat yang lebih baik ketika menghadapi dugaan selain daripada
sabar dan ikhtiar.

Tidak perlu mencaci keadaan, atau menyesali keadaan secara berlebihan, atau stress, atau menyumpahi keadaan. Lari dari dugaan, atau berusaha mencaci orang yang menganiya kita,atau kita tidak menerima kenyataan ini bukanlah jalan penyelesaian

Sikap yang terbaik adalah mengambil hikmahnya, pelajaran berharga buat menghadapi hari esok.

lanjutkan hidup kita dengan ikhtiar, mengusahakan yang lebih baik ke depannya.

"Berusahalah kamu seolah olah kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati bila bila masa"

Kini aku lebih banyak belajar untuk muhasabah diri, iaitu dengan mendekatkan diri kepada Allah. dengan belajar meningkatkan kekhusyukan solat , berdoa , menolong bantu kawan kawan atau orang susah

0 ulasan: