Khamis, 4 November 2010

KALIMAH SYAHADAH



"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125


Sahabatku Afiq sering sahaja bersama denganku, di mana ada aku maka di situlah ada Afiq, kadangkala berlaku juga sedikit perbahasan, tapi setiap perbahasan itu ada jalan penyelesaianya.

Setiap soalan yang aku aju tentang Islam Afiq jawab dengan berhemah dan ada fakta fakta yang membuatkan aku sangat kagum dengan Islam, ooooo untuk mengambil keputusan untuk masuk Islam bagi aku bukanlah satu perkara yang mudah dan senang, pertarungan dengan keluarga kadangkala sangat sengit,aku sering menitiskan airmata dan aku tahu ini adalah risikonya dan aku akan tabah semuanya.

Setelah aku nekad, maka aku suara hasrat hatiku ini pada sahabatku itu dan pada tarikh keramat 23 Febauri 2007, jam 12.00 malam Aku jalan beriringan dengan Afiq menuju surau. Hayunan langkah pada malam itu mahu melafazkan kesaksianku kepada penciptaku.

Afiq mengiringiku dengan seribu persoalan.Kelihatan di sudut dalam surau itu ustaz Hasmin telah sedia menunggu kedatangan kami, lampu yang menerangi surau pada malam itu akan menjadi saksi lafaz niat suciku dan tanpa berlengah aku menghulurkan tangan pada ustaz Hasmin sebagai salam ketibaanku.

Ustaz Hasmin tersenyum puas dan gembira,tapi dimata Afiq ku lihat ada sinar yang menyentuh hatiku.

Aku nekad dengan niat suciku ini.

Sebelum ini aku sering bersua dengan ustaz Hasnin bertanya berbagai soalan tentang agama,

Ustaz menjelaskan beberapa perkara menganai Islam yang tidak aku ketahui. Aku menjadi takut apabila ustaz memberitahu bahawa orang Kafir kehidupan selepas kematiannya abadi di neraka

Orang-orang kafir itu telah menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah supaya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah kamu, karena sesungguhnya tempat kembalimu ialah neraka". (surah Ibrahim: 30)

Tepat jam 12.00 tengah malam, Disaksikan Afiq dan Ustaz Hasmin, aku dengan sepenuh hati melafazkan kalimah syahadah dan saat itu juga aku rasmi menjadi seorang Muslim

seperti Dari Abu Said AlKhudri RA, bahwa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang hamba masuk islam, kemudian baik keIslamannya, maka Allah menghapus semua keburukan darinya yang dahulu pernah di kerjakan. Sesudah itu memberi balasan satu kebaikan dibalas sepuluh kali, sampai tujuh ratus kali, keburukan dengan sepadannya, kecuali Allah mengampuninya.
{HR. Bukhari }

Hanya satu perasaan yang dapat aku gambarkan saat itu, aku merasa tenang, setenang malam yang dihiasi kerlipan bintang dan sinar bulan separa sabit.

“Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh…” itu salam pertama Afiq kepadaku setelah aku memeluk Islam.

Dengan senyuman aku membalas salamnya “waalaikumsalam warohmatullahi wabarokatuh…”Sekarang aku merasakan bahawa sinar baru didalam sanubariku. Inilah yang dikata taufiq dan hidayah yang dicampakkan oleh Allah keatas hamba hambanya.

DUA KALIMAH SYAHADAH
Mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan rukun Islam yang pertama. Seorang kafir yang ingin memeluk Islam mestilah mengucapkannya. Ini kerana keimanan yang berada di hati tidak akan diketahui melainkan dizahirkan dengan ucapan. Namun, ucapan dua kalimah syahadah tanpa keimanan di hati, tidaklah menjadikan seseorang itu Islam di sisi Allah SWT.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah).

Maksud Dua Kalimah Syahadah
Syahadah yang pertama bermaksud meyakini bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT. Dialah yang berhak disembah, dan segala yang disembah selain Allah adalah salah dan palsu. Syahadah pertama menafikan segala apa yang disembah selain Allah dan juga menetapkan bahawa ibadah atau penyembahan hanya layak untuk Allah SWT. Syahadah kedua bererti mengakui kerasulan Nabi Muhammad dan menerima segala ajaran baginda, kerana baginda adalah utusan Allah kepada manusia.

Syarat Sah Syahadah “La ilaha illallah”
Seseorang yang mengucapkan syahadah, tidak akan sempurna syahadahnya melainkan dengan syarat-syarat berikut:-
1- Ilmu (Mengetahui dan memahami makna syahadah itu)
2- Yakin dengan apa yang difahami itu.
3- Menerima kandungan kalimah syahadah itu dengan hati dan lidah.
4- Patuh dengan maknanya dan tidak melakukan perkara yang membatalkannya.
5- Membenarkan hati dengan apa yang disebutkan lidah
6- Ikhlaskan syahadah hanya kepada Allah dan menjauhkan kesyirikan.
7- Mencintai segala tuntutan dan ajaran kalimah syahadah itu.
8- Menolak segala yang bertentangan dengan tuntutan syahadah.

Syarat Pertama: Ilmu ( Mengetahui Dan Memahami)
Seorang yang bersyahadah mestilah mengetahui dan memahami makna kalimah syahadah itu, samada nafi (penafian kepada sebarang sembahan selain Allah) atau isbat (meyakini hanya Allah yang layak dianggap sebagai tuhan). Dia mestilah memahami apa ajaran yang tersirat di sebalik syahadah tersebut. Firman Allah SWT
Ertinya: “Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah”. Surah Muhammad: 19.

Usman bin Affan menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَErtinya: “Sesiapa yang mati, sedangkan dia mengetahui bahawa tiada tuhan melainkan Allah, maka dia akan masuk syurga”. Hadis riwayat Muslim.

Syarat kedua: Yakin
Pengetahuan dan kefahaman yang ada tadi mestilah diyakininya seratus peratus, tanpa sebarang keraguan dan syak. Ini kerana aqidah yang disertakan dengan keraguan bukanlah aqidah yang sebenar dan ia tertolak. Firman Allah SWT:

Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”. Surah al-Hujurat: 15.

Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. memberikan kepadanya dua kasut baginda dan bersabda:

Ertinya: “Sesiapa sahaja yang kamu jumpa di belakang kebun ini, yang menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dengan hati yang penuh yakin, maka gembirakanlah dia dengan (ganjaran) syurga”. Hadis riwayat Muslim.

Syarat Ketiga: Terima
Ilmu dan keyakinan tadi tidak lengkap tanpa menerima apa sahaja kandungan ajaran kalimah ini dengan hati dan lidahnya. Janganlah dia menyombongkan diri dengan menolak sebahagian ajaran “La ilha illallah”. Firman Allah SWT:

Eإrtinya: “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri”. Surah as-Sofat: 35.

Orang yang memahami dan meyakini bahawa Islam adalah agama yang benar, namun menolaknya, maka ia adalah orang yang kafir.

Syarat Keempat: Patuh
Kepatuhan atau penyerahan diri yang sempurna terhadap tuntutan syahadah, dan meninggalkan segala yang membatalkan syahadah juga merupakan pelengkap kepada syarat sah syahadah. Orang yang bersyahadah sekali-kali tidak boleh melakukan perkara yang boleh membatalkan syahadahnya. Firman Allah SWT:

Ertinya: “Dan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (patuh), sedang dia adalah orang yang muhsin, (beraqidah dan melakukan amalan dengan penuh keikhlasan), maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh (“La ilaha illallah”)”. Surah Luqman: 22.

Ini bukanlah bererti orang yang melakukan maksiat itu terbatal syahadahnya, namun ia mengurangkan keimanannya. Dan jika dia tidak patuh, sehingga melakukan apa yang boleh membatalkan syahadahnya, maka keimanannya sudah tidak berguna lagi, bahkan syahadahnya tertolak dan tidak diterima, sehinggalah dia kembali bertaubat (dengan bersyahadah, patuh dan menyempurnakan keseluruhan syarat syahadah).

Syarat Kelima: Benar
Syahadah menuntut supaya benar ucapan lidah dengan keyakinan di hati. Orang yang mengucapkan syahadah di lidah, tetapi kosong daripada keimanan di hati adalah orang kafir munafiq. Firman Allah SWT:


Ertinya: “Di kalangan manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri, sedang mereka tidak sedar”. Surah al-Baqarah: 8-9.

Kerana inilah Rasulullah s.a.w. bersabda sebagaimana yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal r.a.:
مَ
Ertinya: “Sesiapa sahaja yang bersaksi dengan benar dari hatinya bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhamad itu Rasulullah (pesuruh Allah), maka Allah akan haramkannya daripada Neraka”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Syarat Keenam: Ikhlas (Bersih Daripada Syirik)
Orang yang bersyahadah perlu mengikhlaskan ibadah dan perhambaan hanya kepada Allah. Dia perlu membersihkan dirinya daripada sebarang syirik, kerana ia akan membatalkan syahadahnya. Bahkan amalan yang dilakukan juga perlu bersih daripada riak dan mencari nama dan kemegahan, supaya ibadahnya diterima Allah. Firman Allah SWT:


Ertinya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus”. Surah al-Bayyinah: 5.

Itban bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


Ertinya: “Sesungguhnya Allah telah haramkan api neraka kepada sesiapa yang mengucapkan (La ilaha illallah) “Tiada tuhan melainkan Allah”, dengan tujuan mencari keredhaan Allah”. Hadis riwayat Bukhari.

Syarat Ketujuh: Cinta Dan Sayang
Kesemua syarat yang lepas tidak akan sempurna tanpa kecintaan kepada Allah SWT dan juga ajaranNya. Firman Allah SWT


Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah (melebihi segala-galanya)”. Surah al-Baqarah: 165.

Dan tanda kecintaan kepada Allah ialah mencintai apa yang dicintai Allah dan membenci apa yang dibenci Allah. Orang yang mencintai Allah dengan sendirinya akan mentaati Allah dan meninggalkan laranganNya. Dia akan menyokong orang yang menyokong ajaran Allah dan membenci orang yang membenci dan menafikan ajaran Allah, walau sesiapa pun. Kerana inilah asas keimanan yang paling penting ialah kecintaan kepada Allah. Dan orang yang membenci Allah SWT dan ajaranNya adalah orang yang kafir murtad, dan terbatal segala amalannya. Firman Allah SWT:


Ertinya: “Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan oleh Allah (Al Quran), lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amalan-amalan mereka.” . Surah Muhammad: 8-9.

Syarat Kelapan: Menolak Segala Yang Bertentangan Dengan Syahadah
Di samping semua perkara tadi, syahadah tidak akan sempurna melainkan setelah ditolak segala sembahan selain Allah dan segala ajaran selain Allah. Ini kerana syahadah yang pertama ini bukan sahaja bererti mengisbatkan ketuhanan Allah SWT, tetapi juga menafikan ketuhanan kepada selain Allah, kepatuhan yang mutlak kepada selain Allah dan menafikan segala ajaran dan hukum selain Allah.
Orang yang mengakui ketuhanan Allah SWT dan menyembahNya, tetapi menyembah juga perkara lain selain Allah adalah orang yang kafir. Firman Allah SWT:
Firman Allah SWT:


Ertinya: “Maka sesiapa yang mengkufuri Thaghut (syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kukuh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Surah al-Baqarah: 259.

FirmanNya lagi:
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut ". Surah an-Nahl: 36.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

.
Ertinya: “Sesiapa yang menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan mengkufuri apa sahaja yang disembah selain Allah, maka terpeliharalah harta dan darahnya. Dan perhitungan (yang sebenar terserah) kepada Allah”. Hadis riwayat Muslim.

Firman Allah SWT:

Ertinya: “Dan (tidak wajar pula bagi seorang Rasul) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu kufur (kafir) sesudah kamu (menganut agama) Islam?"”. Surah Ali Imran: 80.

FirmanNya lagi:
Ertinya: “Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka tidak disuruh melainkan menyembah tuhan yang Esa, tidak ada tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”. Surah at-Taubah: 31.

Dan orang yang mengaku beriman, namun masih menerima selain hukum Islam sebenarnya orang yang kurang yakin dengan Islam dan akidahnya tertolak. Begitu juga orang yang mengaku beriman, tetapi masih menerima selain ajaran Allah dan tidak menganggapnya sesat, maka dia sebenarnya adalah orang yang kafir.

أَ61
Ertinya: “Adakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? (Padahal) mereka hendak berhakim kepada thaghut, sedangkan mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan (pula) ingin menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang telah diturunkan Allah dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”. Surah an-Nisa’: 60-61.

Ertinya: “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka mahu, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”. Surah al-Maidah: 50.

Syarat Tambahan Tentang Syahadah Kenabian
Syahadah yang kedua mengandungi pengiktirafan bahawa Nabi Muhamad adalah hamba pilihan Allah dan merupakan Rasul iaitu utusan Allah kepada manusia untuk menyampaikan ajaran Allah SWT. Syahadah kedua tidak lengkap melainkan dengan:
1- Mengiktiraf dan meyakini kerasulan Nabi Muhammad
2- Melafazkan pengiktirafan tersebut dengan lidah
3- Mengikuti baginda dengan mengamalkan kebenaran yang dibawanya dan meninggalkan kebatilan yang dilarang oleh baginda.
4- Membenarkan segala ajaran baginda
5- Mempercayai segala perkara ghaib yang dibawa oleh baginda
6- Mencintai baginda melebihi segalanya, termasuk diri sendiri, anak isteri & ibu bapa.
7- Mendahulukan ajaran baginda berbanding ajaran orang lain dan mengamalkan sunnah baginda.

Kelebihan Dua Kalimah Syahadah
Tidak ada satu kalimah yang lebih hebat daripada mengaku ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan inilah asas pertama yang membezakan antara Islam dan kufur. Orang yang enggan mengakuinya merupakan penderhaka yang memilih jalan ke neraka. Ubadah bin as-Somit r.a. meyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya: “Sesiapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, maka Allah akan mengharamkannya daripada neraka”. Riwayat Muslim.

Asas Agama Islam
Berdasarkan dua kalimah syahadah, asas agama Islam ialah:-
1- Jangan disembah melainkan Allah. ( Difaham daripada syahadah pertama)
2-Jangan menyembahNya melainkan dengan cara yang ditentukanNya. Iaitu melalui perantaraan Rasulullah s.a.w. (Difaham daripada syahadah kedua)

Keislaman Saidina Umar

Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.

Rasulullah SAW pernah berdoa ; “Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam” Hadtih riwayat At-Thabarani

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : “Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab”

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : “Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : “Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?”

Jawab Rasulullah SAW : “Benar”

Aku berkata lagi : “Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?”

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Keberanian Umar

Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia.

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa’bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka’abah menyaksikan kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.
Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah.”

Kata Umar lagi: “Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini.”

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.

Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam

Hadith tentang Umar

1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar” Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)

2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi

3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi

4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi

5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.

6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar

7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.

8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)

Umar Sebagai Orang Yang Pertama

1. Pertama digelar Amirul Mukminin
2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
4. Pertama mengharamkan nikah mut’ah
5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
9. Pertama memperkenalkan Al-’Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)

Saidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat, berani, tawaduk, sabar dan sangat zuhud.Itu sahabat yang di jamin syurga buatnya.

0 ulasan: