Rabu, 7 November 2012

MADARASAH DI KUBU GAJAH

Desiran alunan air sungai di sebelah madarasah membuatkan saya rasa sungguh nyaman,tenteram.
 Baru 2 bulan penambakan batu batu yang menjadi benteng dari hakisan air yang sentiasa menghakis dikiri kanan  sungai, dari sejarah mulut kemulut bahawa semenjak 40 tahun lalu sungai Subang ini adalah sebesar longkang sahaja, tapi bila segerombolan pelarian Kemboja berhijrah maka sungai yang sebesar longkang ini sudah menjadi sungai 20 kaki leber dan disungai inilah seperti "lori sampah" tempat orang  yang tidak bertamadun mencapakan sisa makan yang busuk, sisa batubata lepas buat rumah, kain buruk, tilam bantal buruk semunya dicampak ke dalam sungai.

oooh nasib baiklah sungai ini bila hujan aliranya deras, saya pun tak tahu kemana bebanan sampah itu tersadai dan yang paling menyedihkan ialah hidupan didalam sungai itu spt ikan ikan,udang,ketam,belut,ular,pacat dan bermacam lagilah yang terpaksa hidup didalam air sampah angkara manusia yang tidak berhati perut.

Pernah beberapa kali saya melihat orang membuag perut ayam berbeg beg, alangkah sedehnya,pembuang tu buat nuka selamba aje bila kita tegur" tak ape malam nanti hujanlah" katanya.

Setahun berlalu saya membuka Madarasah di penempatan orang Kemboja ni banyak cabaranya,dugaan yang paling memeningkan kepala saya ialah"fitnah" dan  fitnah ini seperti perbualan harian mereka dan mereka ini seperti tidak mahu ambil tahu tentang iktibar bahawa pembuat fitnah itu lidahnya akan digunting oleh AllahAllah SWT

berfirman dalam surah An-Nur (24:11) -

“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong (palsu) itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu menganggapnya buruk bahkan sebenarnya ada kebaikan untuk kamu. Setiap orang akan memikul
dosa perbuatannya. Manakala orang yang paling besar peranannya dalam hal ini dari kalangan mereka pasti

Kini setahun berlalu bersama sama dengan golong minoriti Kemboja ini banyak mengajar saya erti sebuah kesabaran dan ketelusan serta peranan "hati" didalam menjaga ukhwah.

Teringat saya ketika menjejakan kaki ke tempat yang bernama Kubu Gajah ini, berkenalan dengan Arifah adalah satu kebetulan, dia kakak kepada Syakirah iaitu seorang gadis yang saya kenal sewaktu lawatan saya ke Madarasah al Muhajirin Kg Shoun,Kemboja,Madarasah   milik ustaz Zainal Abidin, ketika saya sampai di Madarasah tu Syakirahlah  yang jadi penyambut tetamunya

Dia pandai berbahasa melayu, fasih ulas bicara dan susunan ayatnya betul, macam dah lama dia tinggal di Malaysia.

Betul....dia pernah datang ke Malaysia pada ketika usianya 12 thn mengikut kakaknya, sejarah Syakirah juga menarik dan dia begitu gigih belajar.

Foto : Anak gadis Kemboja merupakan pelajar di Madarasah Ustaz Zainal.

Insyallah kisah ini saya akan sambung lagi.













0 ulasan: