Khamis, 6 November 2008

SELAMAT DATANG KE HALAQAH REMAJA MASJID

Salam pertemuaan dan salam persahabatan, telah 7 bulan halaqah remaja masjid beroperasi dan telah banyak suka duka di lalui bersama, tapi ikatan ukwah nampaknya masih kurang erat, apakah anak anakku terlalu sibuk dengan pelajaran atau dengan dunia remaja mu?

sebenarnya manusia yang sibuk dengan dunianya membuatkan dia tuli, buta dan menjadi hamba. Oleh itu anak anak semua jangan jadi hamba kepada dunia. Dan apakah tidak ada masa langsung untuk mendengar atau muhasabah diri dalam sebulan hanya dua jam setengah bersama para guru dan pembimbing kita?

sebenarnya kesibukan beginilah membuatkan manusia akan jauh tersasar dan menjadi korban kepada keadaan. Hari ini anak anak harus selalu mendampingi orang orang yang mahu membawa kamu semua kearah kebaikan dan membaiki sikapmu. Kalau kita asyik memikirkan diri sendiri, tidak ada masa atau banyak kerja maka tunggulah masanya kita akan jadi orang alpa dan lalai serta akan mudah di bawa arus yang tidak menentu.

Tahu kah anak anak semua bahawa ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya, dan akal yang suka berfikir. Oleh itu anak anak semua rajinlah menghadiri ke majlis ilmu dan semua ziarahilah masjid dan hadirkanlah dirimu bersama orang yang bijak pandai serta mahu membawa kamu semua kejalan kebaikan, kerana kehidupan diakhir zaman ini kita perlukan halaqah bagi meyelamatkan imam,amal dan ilmu kita. Oleh itu saya harap kepada anak anak semua harap dapat datang ke majlis ilmu yang telah ditetapkan dari masa kesemasa.


Jadual Program Yang Terkini
Tarikh 6hb Nov 08
Masa 2.30 ptg
Tempat Masjid Jamek Pekan Kajang
untuk minggu ini kita bincangkan beberapa perkara yang penting dalam hidup kita iatu tauhid,fekah dan akhlak.

Salam Halaqah buat anak anak semua, semuga pertemuan ini akan meyatukan hati hati kita, Insya-Allah :)

0 ulasan: