Isnin, 16 Februari 2009

Tugas & Tujuan Manusia Di hidupkan

Firman Allah Ayat At-Tin 4-6

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya.Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah rendahnya (neraka) kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih,bagi mereka pahala yang tiada putus putus"
Tugas & Tujuan Manusia di hidupkan:
  1. Mengimani Islam
  2. Mengilmui Islam
  3. Mengamalkan Islam
  4. Mendakwahkan Islam
  5. Bersabar dalam Islam


HALAQAH REMAJA MASJID
(PROGRAM MEMBENTUK PERIBADI INSAN)


Tarikh: Hari Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
Masa: 2.30 – 5.15 petang
Tempat: Masjid Raja Musa Musa, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.

Majlis Perlancaran Pada 22hb Febauri 09 (Ahad ) Jam 10.00 pagi - 12.30 pg

Penyertaan Peserta:
180 orang (12 halaqah X @15 orang)
Pelajar Sekolah Rendah 10 Tahun Ke Atas
Pelajar Sekolah Menengah
Remaja / Belia / IPT Sehingga Berusia 25 Tahun

ANJURAN
BERSAMA (No.Pend: 1347)
PERSATUAN BELIA SRI AL-AIN
Pejabat Urusan: No. 2, Seksyen 15, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 013-3596574, 016-4028344 E-mel: asrusnah@yahoo.com Laman Web: www.srialain.com.my


Rasional
Masyarakat dan negara kita hari ini dihantui oleh gejala sosial yang amat kritikal terutama di kalangan para remaja dan pelajar sekolah menengah. Andainya gejala ini gagal ditangani dalam masa terdekat, kehancuran yang lebih serius akan menimpa masyarakat kita.

Pengenalan
HALAQAH REMAJA MASJID (HALAQAH) adalah suatu program ke arah membentuk dan memperinci peribadi para remaja supaya berakhlak, berilmu dan beramal serta memperjuangkan agama Islam dengan sebaiknya.
Halaqah berasal dari perkataan Arab yang bermakna bulatan yang dibentuk oleh sekumpulan orang untuk belajar, bermuzakarah atau bermesyuarat.
HALAQAH juga merupakan program untuk menjinakkan remaja datang ke masjid dan melibatkan diri dengan program keagamaan serta merapatkan hubungan sesama para remaja dengan masyarakat umum. Aktiviti ini akan menjauhkan remaja dari kegiatan yang tidak bermoral untuk mengelak masalah sosial yang sangat parah pada hari ini.

Metodologi
Kumpulan (halaqah) para remaja berhimpun pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan di masjid dengan dibimbing oleh penceramah utama / fasilitator / naqib.

Modul
Modul yang diketengahkan ialah pengisian ilmu dalam membimbing & dipratikkan untuk membaiki akhlak dan peribadi remaja agar mereka menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat.

HALAQAH juga membawa pendekatan menyempurnakan ilmu agama secara berhikmah supaya para remaja mantap di dalam kehidupan serta dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu.
Tujuan
• Melahirkan remaja yang cintakan agama.
• Memberi pendidikan ilmu al-Quran, hadis & fardu ain.
• Mendidik remaja dengan peribadi cemerlang, akhlak mulia & terpuji.
• Menjadikan sunnah Nabi sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.
• Menyerlahkan bakat dan pontensi diri.
• Melahirkan remaja yang matang, rasional dan memiliki minda yang pintar.
• Sentiasa ikhlas dalam kehidupan.
• Merapatkan hubungan sesama Islam.
• Menghidupkan budaya pemurah & nasihat menasihati.
• Meningkatkan motivasi daya juang & cita-cita tinggi di samping bertawakal kepada Allah.
• Menggunakan media teknologi & komunikasi sebagai alat berdakwah.

Masa : 2.30 – 5.15 ptg

Bayaran Penyertaan
RM 15.00 (Setiap Pertemuan)

Penyertaan
Penyertaan seramai 180 orang terbuka lelaki dan perempuan.

Usia
Pelajar Sekolah Menengah/Siswa/Remaja/Belia hingga 20 tahun.

Pakaian
Lelaki : Seluar Slack & Baju Kemeja / Baju Melayu / T-Shirt berkolar.
Perempuan : Baju Kurung, Jubah / Bertudung lengkap.

Penceramah Utama
• Haji Muhammad Zakaria, Perunding Motivasi & Personaliti TV.
• Ustaz Wan Mohd Noh Wan Hamat, Guru Kemahiran al-Quran, SMAP Kajang.
• Ustaz Abdullah Abdul Wahab al-Hafiz, Guru Tahfiz & sukarelawan.

Pengkelasan Halaqah
Setiap halaqah tidak melebihi 15 orang dan diasingkan mengikut:
1. Jantina.
2. Usia.
3. Pencapaian.

Naqib / Naqibah / Fasilitator
• UIAM
• UKM
• KUIS
• IPIS
• USIM
• Sukarelawan dari Persatuan & NGO

Jadual Pengisian
2.30 ptg Asma ul-Husna & Zikir Munajat 2.40 Tazkirah / Fardu Ain oleh penceramah utama 3.30 Taklimat / pengurusan 3.40 Kemahiran al-Quran / Hafazan 4.10 Hafalan Hadis 4.30 Halaqah Perbincangan 4.45 Solat Asar berjemaah 5.05 Tarbiah isu semasa 5.15 Doa dan bersurai

AKTIVITI KO-KURIKULUM
Aktiviti ko-kurikulum diadakan dari masa kesemasa antaranya:
• Lawatan ke tempat bencana alam dan tempat bersejarah.
• Melawat kilang orang Islam.
• Menziarahi alim ulama.
• Mengadakan rehlah, perkelahan atau hari keluarga.
• Mengadakan aktiviti bersukan seperti te kwon do, silat, berkuda dan memanah.
• Mengadakan kelas tambahan.
• Membimbing rakan sebaya dalam kumpulan belajar.
• Mengeratkan hubungan sesama saudara se-Islam.
• Mengadakan gotong royong di sekolah,kawasan perkuburan dan masjid.
• Mengadakan misi kemanusiaan.
• Menziarahi rumah anak yatim dan rumah orang tua.
• Mengadakan program korban/akikah dalam dan luar negara.
• Menziarahi & berdakwah kepada kaum peribumi.

Sijil Penyertaan
Peserta yang menamatkan keseluruhan program ini dalam masa setahun dengan kedatangan tidak kurang dari 80% akan dianugerahkan Sijil Penyertaan.

0 ulasan: