Ahad, 22 Februari 2009

Remaja Cemerlang Remaja Hebat

HALAQAH REMAJA MASJID yang di adakan di Masjid Raja Muda Musa,Semenyih adalah satu program yg mengajak pelajar sekolah,remaja dan belia kearah satu pendekatan untuk mengalihkan pandangan serta tujuan atau cara hidup mereka kearah Remaja Cemerlang,Remaja Hebat.Dalam ceramah Motivasi yang di sampaikan oleh Hj Muhammad Zakaria telah meletakan beberapa perkara kenapa Halaqah Remaja Masjid di adakan?

1 Membina generasi pelajar/belia/remaja dan masyarakat khususnya supaya dapat mengerakan Islam sebagai ad Din Wa al-Daulah iaitu menegakan agama Islam dalam kehidupan seharian berlandaskan syariat Islamiah melalui al Quran as-Sunnah
2 Membina generasi yg berani menegakan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif segala perkara yang berkaitan dengan Islam.
3 Membina generasi yg sedar akan cabaran dan godaan dalam berbagai bentuk yg mengancam kehidupan seharian, serta mentarbiah mereka di dalam usrah ini dengan pengisian ilmu pengetahuaan.
4 Membina generasi yg boleh berusaha menghidupkan tradisi ilmu di dalam diri dan mempunyai dan mempunyai semangat persaingan yg tinggi dlm mendapatkan ilmu pengetahuaan.
5 Iklaskan diri kepada Allah S.W.T demi untuk mencari keredhaan -Nya
6 Memperkukuhkan perasaan persaudaraaan sesama ahli kumpulan halaqah remaja masjid

Ini adalah antara petikan motivasi Halaqah Remaja Masjid .Untuk pertemuan seterusnya iaitu pada 8hb Mac 09 Jam 2.30 petang - 5.15 petang.Kepada sesiapa yang berminat untuk meyertai program ini silalah ambil borang di pejabat Masjid Raja Muda Musa Semenyih pada waktu solat.

0 ulasan: