Isnin, 8 November 2010

KHINZIR


Sebelum saya memeluk agama Islam yang suci ini saya telah berdebat dengan sahabat baik saya iaitu Mohd Afiq.

saya ingin tahu kenapa Allah larang makan daging khinzir, haram sentuh anjing dan babi.Kadangkala saya tidak puashati juga dengan penerangan yang Afiq bagi.

tapi ada ketikanya aku rasa sangat teruja dengan ilmu pengetahuaan Islam yang dia ada dan cara peneranganya yang sangat berhemah.

Pernah satu ketika bila aku dalam keadaan tegang, Afiq cuba seloroh dengan aku, itulah kelebihan Afiq yang tiada pada orang lain.

Aku memang suka berbahas al maklumlah untuk menukar sesuatu yang telah menjadi adat, pendapat dan pegangan generasi kegenerasi iaitu agama datuk nenek kami kristan.

Sering kali bila berbahas aku pandang muka Afiq bagi aku mahu pastikan bahawa tiada kebohongan ketika dia berbicara, orang kata kalau mahu tahu samada seseorang berbohong maka ketika dia bercakap itu kita pandang matanya


Sebenarnya aku juga belajar juga saikologi manusia ini kalau kita mahu menguji seseorang itu kita kena tahu beberapa sikap atau perangai sesorang itu.

1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan fakta

2.Berpeluk tubuh ketika bercakap Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita.


3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap Ini menunjukkan dia memberi perhatian kepada percakapan dan menarik minatnya.


7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas.


Bila aku bercakap dengan Afiq aku banyak melihat kejujuran dan keiklasanya dari sudut pandanagnku,

ini membuatkan aku ingin meguji Afiq dengan berbagai lagi tentang Islam ini.

Dan kajian aku yang aku ingin Afiq perjelaskan ialah tentang beberapa perkara iaitu mula mula aku tanya pada Afiq tentang Khinzir,Afiq menerangkan aku dengan penuh berfakta dan bermaklumat sereta dengan ayat Quran serta hadis

Kali ini aku kalah dengan Afiq, tapi keegoaan ku mengatsi segalanya dan aku mahu terus menguji sahabat baik aku ini.

Hatiku sudah mula berminat dengan Islam dan aku mula mencari perkara yang berkaitan denganya.

Kini kajian ku Tentang Khinzir.

Mengapa khinzir diharamkan oleh Islam sebenarnya tidak harus dipersoalkan oleh kita sebagai umat Islam. Namun, untuk menyelongkari dalil-dalil pengharaman tersebut, tentunya ada fakta-fakta dan penemuan saintifik yang dikaji sendiri oleh manusia sehingga menyokong pengharaman yang dituntut oleh Islam.

Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1,

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws – Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]

Virus-Virus Daripada Khinzir

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya’.

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi.

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000]

Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison,

Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia.

Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr. Joseph Merola, 1998]

Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut, adalah tepat sekali mengapa Islam mengharamkan khinzir. Cuba kita hayati betul-betul, Allah mengharamkan sesuatu itu pasti ada sebab dan musababnya.

Kini aku mula belajar dari masa kesemasa tentang keharaman Khinzir dan cara untuk menyucinya jika terkena najis khinzir.

Menurut mazhab asy-Syafi‘e cara untuk menyucikan tempat yang terkena najis mughallazah sama ada pada badan manusia, tempat seperti lantai, benda seperti bekas menyimpan barang, pinggan, mangkuk dan sebagainya ialah membasuh dengan air sebanyak tujuh kali, enam kali basuhan dengan air mutlak dan sekali dengan air yang bercampur dengan tanah. Dalam kitab fiqh, mencampur air dengan tanah untuk dibasuhkan pada tempat yang terkena najis itu disebut tatetib.

Cara menyuci tempat-tempat yang terkena najis mughallazah inilah yang sering disebut oleh sebilangan masyarakat menyebut menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan khinzir) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali.

Manakala maksud ‘SAMAK’, menurut Kamus Dewan, antaranya ialah sejenis tumbuhan pokok yang kulitnya digunakan untuk MENYAMAK kulit, pukat dan lain-lain.

Cara menyucikan Tempat Yang Terkena Najis mughallazah
Untuk jelasnya cara mencuci tempat yang terkena najis mughallazah itu ialah dengan membasuh tujuh kali dengan air mutlak, iaitu setelah menghilangkan ‘ain atau zat dan kesan najis seperti bau atau warnanya. Salah satu daripada basuhan yang tujuh itu ialah air yang telah bercampur dengan tanah. Cara ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:



Maksudnya: "Kesucian bekas air seorang daripada kamu apabila (air di dalamnya) dijilat oleh anjing, ialah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan (air bercampur) tanah” (HR.Muslim).

Akan tetapi para ulamak fiqh menyebutkan bahawa basuhan yang dicampur dengan tanah itu tidak ditentukan pada mana-mana basuhan sama ada pada basuhan pertama, pertengahan atau pada basuhan yang terakhir sebagaimana dalam riwayat lain oleh Daruquthni yang berbunyi:



Maksudnya: “Salah satunya dengan tanah” (HR.ad-Daruquthni).

Manakala kadar tanah yang wajib dicampurkan kepada air itu ialah sekira-kira dapat mengeruhkan air dan dengan perantaraan air itu ia boleh sampai kesemua bahagian yang bernajis. Seandainya najis yang dicuci itu hanya hilang sesudah dibasuh berulangkali, maka ianya akan dianggap satu basuhan. Oleh itu hendaklah ditambah lagi enam kali basuhan dan salah satu daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah.

Samak
Sebagaimana penjelasan di atas, menyamak dalam bahasa Melayu bukan sahaja merujuk kepada cara menyucikan benda atau tempat yang terkena najis mughallazah. MENYAMAK juga merujuk kepada cara membersihkan dan menyucikan kulit binatang. Maka amali ini dalam istilah syarak disebut dibagh.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Dibagh?
Dibagh menurut istilah syarak ialah menghilangkan bau busuk dan lembapan daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan tertentu.

Dalil-Dalil Pensyariatan Dibagh
Kulit binatang selain binatang anjing dan khinzir dengan DISAMAK sebagaimana dijelaskan boleh menjadi suci melalui petunjuk daripada hadis-hadis berikut:

1. Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan katanya:

Maksudnya: "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: "Apabila kulit DISAMAK, maka ia menjadi suci” (HR.Muslim).

Dalam riwayat lain Baginda Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: "Apa jua kulit binatang yang DISAMAK, ia menjadi suci” (HR.an-Nasai’e).

2. Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma juga meriwayatkan:

Maksudnya: "Hamba sahaya milik Maimunah diberi sedekah seekor kambing, lalu kambing itu mati. (TIDAK berapa lama) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam berjalan melintasi bangkai kambing itu, Baginda bersabda: "Mengapa TIDAK kamu ambil kulitnya, kemudian kamu SAMAK supaya kamu dapat memanfaatkannya”.
Mereka berkata: "Sesungguhnya ia sudah menjadi bangkai”.
Baginda bersabda: "Sesungguhnya yang HARAM itu hanyalah memakannya” (HR.Muslim).

Cara MENYAMAK Kulit Binatang
Ulamak mazhab Syafi‘e MENGHARUSKAN semua kulit DISAMAK sama ada kulit binatang yang boleh dimakan atau sebaliknya kecuali kulit anjing dan khinzir. Begitu juga kulit manusia ia TIDAK boleh DISAMAK, bahkan HARAM MENYAMAKNYA dan menggunakannya kerana atas dasar kemuliaan dan kehormatannya yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam” (Surah al-Isra’:70).

Cara membersihkan kulit yang diambil daripada bangkai binatang selain kulit anjing dan khinzir adalah dengan MENYAMAKNYA, iaitu menghilangkan segala lendir dan lembapan yang melekat pada kulit yang mana jika dibiarkan akan merosakkan kulit tersebut.

Menurut al-Khathib asy-Syarbini rahimahullah MENYAMAK atau men’dibagh’ (kulit binatang) ialah dengan menghilangkan kotoran-kotorannya yang berupa cairan dan lembapan yang masih melekat dan yang terdapat pada kulit binatang, kerana jika TIDAK dibersihkan atau dibuang ia akan menyebabkan kulit tersebut busuk dan rosak. Kulit yang DISAMAK itu dikatakan suci jika ia direndam semula ke dalam air, ia TIDAK akan berbau busuk semula dan rosak.

Bahan yang digunakan ialah sesuatu yang rasanya kelat atau kesat di lidah, jika terkena lidah ia akan terasa sangat pedih kerana rasanya yang kelat atau kesat itu seperti daun akasia (qarazh), manjakani (‘asfh), kulit delima (qusyur ar-rumman), tawas (asysyabb) dan seumpamanya.

TIDAK semestinya bahan yang digunakan itu terdiri daripada benda-benda yang suci, malahan TIDAK mengapa (HARUS) menurut hukum syarak jika bahan yang digunakan untuk MENYAMAK itu terdiri daripada benda yang najis seperti tahi burung merpati. Apa yang penting, bahan yang digunakan itu dapat mengeringkan kelembapan kulit dan menghilangkan kotoran dan baunya yang busuk.

Semua kotoran dan najis yang ada pada kulit mestilah dihilangkan. Sesuatu yang ada di atas kulit bangkai seperti bulu TIDAK akan menjadi suci sekalipun ia DISAMAK. Oleh itu, bulu tersebut hendaklah dicabut atau dihilangkan daripada kulit tersebut. Walau bagaimanapun jika bulu itu ada tertinggal sedikit dan susah hendak menghilangkan keseluruhannya, maka ia adalah dimaafkan.

Maka TIDAK memadai MENYAMAK itu dengan hanya menjemur kulit binatang itu di bawah panas terik cahaya matahari, melumurnya dengan tanah, membekukan dan memasinkannya, kerana cara-cara tersebut TIDAK mampu membuang segala kotoran yang ada pada kulit, sekalipun kulit itu kering dan harum baunya. Tanda yang menunjukkan bahawa kotoran itu TIDAK hilang ialah jika kulit itu direndam atau terjatuh ke dalam air, pasti bau busuk akan kembali semula.

Perlukah Dibasuh dengan Air Setelah DISAMAK?
Menurut pendapat yang ashah dalam mazhab Syafi‘e, TIDAK disyaratkan membasuh dengan air ketika kulit sedang DISAMAK berdasarkan hadis riwayat Muslim di atas yang maksudnya: "Apabila kulit binatang DISAMAK, ia menjadi suci”.

Walau bagaimanapun, WAJIB membasuhnya dengan air selepas DISAMAK. Tujuannya ialah supaya kotoran selepas DISAMAK itu akan hilang, sebagaimana pendapat yang ashah dalam mazhab Syafi‘e.




0 ulasan: