Khamis, 4 November 2010

UJIAN DATANG LAGI


Adam menghadapi kegetiran hidup, tapi begitu tabah dan sabar.

Berhadapan dengan masalah untuk mencari wang bagi melakukan pembedahan tulang belakang yang bengkok. aku memerlukan wang sebanyak RM25 ribu untuk melakukan operation. Penyakitnya di kesan sewaktu berusia 16 tahun. Pernah mencoba perubatan tradisional. Saat bertemu dengan pakar tulang belakang, dokter mendapati tulang aku telah bengkok 60 darjah. Kemudian dokter menasihatkan aku untuk melakukkan pembedahan sewaktu usia 18 tahun kerana terpaksa menunggu giliran dengan pesakit-pesakit yang lain.


Punca Sakit Belakang

Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjuang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan menjadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ.

Sesuatu organ akan sentiasa menerima isyarat tenaga daripada Kelenjar Pineal dalam bentuk isyarat bertekanan tinggi dan menghantar isyarat yang bertekanan rendah ke tulang Coccyx (tulang sulbi). Proses ini akan memastikan sesuatu organ terus berfungsi seperti biasa.

Apabila suatu organ lemah atau berpenyakit, ia akan menghantar isyarat bertekanan rendah yang lebih banyak daripada biasa. Isyarat ini akan dipendam oleh saraf tunjang sebelum diproses untuk dihantar dan dineutralkan oleh tulang sulbi. Pemendaman ini lah (sementara menunggu ia dihantar dan diproses oleh tulang sulbi) akan menyebabkan struktur atom di bahagian tulang belakang menjadi lemah ikatannya. Pemendaman tenaga yang berterusan ini akan menjadikan tulang atau ruas tulang menjadi sangat lembut dan mudah tercedera. Kesan tekanan graviti atau aktiviti lasak akan menjadikan ia mudah tercedera atau menyebabkan kesan tergelincir. Antara penyakit kronik yang didakwa atau diistilahkan berkaitan dengan sakit tulang belakang

Sebenarnya walaupun hanya ada terlebih sedikit sahaja isyarat bertekanan rendah daripada tahap normal, rasa kesakitan telah mula dirasai. Jika isyarat tersebut terlalu banyak dan berlaku berulang kali, maka ia akan menyebabkan sakit belakang menjadi kronik.

Psikologi adalah perkara terpenting yang perlu diawasi kerana ia sangat berkaitan dengan organ penghadaman. secara terpeincinya dan penuh saintifik kaitan antara organ dan karekor yang dikatakan sebagai punca penyakit belakang Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:-

*Banyak bersabar, kawal perasaan marah (berkaitan dengan Hempedu (NW14),
Tekanan darah tinggi (NW7).

*Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatu
yang tidak adil (berkaitan dengan sistem limpatik

*Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, hasad, dengki, khianat
(yang berkaitan dengan organ pankreas

*Jangan mudah bersedih (yang berkaitan dengan organ paru-paru .

*Jangan mudah risau (yang berkaitan dengan jantung

*Jangan terlalu cerewet, berkira atau cepat melatah (berkaitan dengan buah
pinggang .

Sebenarnya aku tidak mampu untuk menanggung segala ujian yang getir dan seringkali membuat aku sering berfikir, apakah ujian Allah ini tanda Allah sayang padaku.

Kini bila kedaan badanku yang tidak selesa kerana gangguan penyakit yang kian teruk ini aku menghadapi delima belajar di universti. Sudah yuran tidak berbayar, segala kemudahan sudah di tarik oleh keluarga dan kini aku ibaratnya hidup sebatang kara,kini duit untuk makan pun aku kekurangan, sering sahaja kawan kawan membelanja aku makan, tapi sebenar aku masih ada Afiq, aku masih ada pensyarah yang sentiasa mengambil berat tentang diriku, aku masih ada sahabat shabat yang sedia membantu dan yang paling penting aku ada Allah tempat aku bermunajat siang dan malam.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dia yang menjadikan untuk kamu bumi sebagai hamparan dan langit bagaikan binaan dan diturunkan danpada langit itu air (hujan) maka darinya dikeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untuk kamu. Maka dengan sebab itu janganlah kamu mencipta sekutu bagi Allah sedangkan kamu mengetahuinya." (Al Baqarah :22)

Firman lain yang bermaksud:

"Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang dan bintang yang bergerak amat berguna pada nelayan, Allah menurunkan dari langit hujan maka ia menghidupkan bumi yang mati dan dibiakkan di atasnya segala macam haiwan, dan dipindahkan angin dan awan di antara langit dan bumi, itu semua sebagai tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berakal."

Allah sangat kasih kepada hamba-Nya yang menurut perintah-Nya namun bagi yang terlanjur dan banyak melakukan dosa; Allah tetap memujuk agar tidak berputus asa dari kasih sayang-Nya.

Ini jelas dalam sebuah firman-Nya yang bermaksud:

"Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas ke atas din sendiri, janganlah kamu berputus asa dan kasih sayang Allah, sesungguhnya Allah boleh mengampuni dosa-dosa semua, sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang"

Aku telah berusha berbagai cara, turun naik pejabat pejabat kerajaan ini sudah menjadi lumrah bagi aku, bukan aku mohon simpati dari mereka, tapi aku mohon agar rintihan ku di dengari oleh mereka.

Ada juga yang sekadar hanya simpati dan ada juga yang stakat mengnggukan kepala sahaja tanda fafam apa yang aku luahkan,

Tapi Allah itu mha berkuasa sebenarnya setiada kejadian itu ada hikmahnya, di Jabatan agama Islam Selangor rintihan ku telah di dengari dan permohonan bantuan untuk mengubati penyakit tulang belakangku , akhirnya Allah telah memberi laluan dengan murahati pengarah Jabatan agama Islam Selangor telah bersetuju membiaya pembedahanku tulang belakangku .

Aku bersyukur di atas segalnya.

Rasulullah SAW bersabda lagi maksudnya:

"Apabila Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah mendengar rintihannya (dengan kerendahan diri)." (Riwayat Al Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Tiada seorang mukmin ditimpa kesakitan, kepayahan, penyakit, kesedihan sekalipun duri yang menusuk, kecuali dengan itu menghapuskan dosa-dosanya." (Riwayat Al Bukhan)

Rasullah s.a.w berpesan kepada Abdullah bin Umar : "Jadikanlah (hidupmu) di dunia ibarat seorang tamu atau pengembara yang sedang singgah di tengah perjalanan." (riwayat Bukhari)..Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar..Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran.

0 ulasan: