Rabu, 3 November 2010

Nafas Baru Bermula


Masih tergiang giang di telinga aku, suara papa yang memberi amaran dan cadangan padaku "Kau pilih antara satu, papa atau agama baru kamu" Aku tersentap dengan tawaran papa, aku adalah anak pertama didalam keluargaku yang bilangan hanya kami berdua aku dan adik aku

Aku adalah anak lelaki dan anak pertama, bagi orang China anak lelaki adalah lebih utama dan aku adalah zuriat papa, kenapa papa sanggup berpisah dengan aku di sebabkan berlainan agama.

Aku tahu papa tidak mahu aku masuk Islam dan kenapa begitu? bagi aku pilihan aku adalah benar dan aku tidak sekali kali memusuhi papa, biarlah dia marah dan berjauhati dengan aku.

Buat sementara waktu ini aku akan pergi untuk mencari jalan peyelesaian, bagi aku itu jalan yang terbaik.Kerana jika aku berterusan duduk dirumah makanya aku akan terus di himpit dengan berbagai masalah.

Kini pembelajaranku mula terganggu, papa telah meyekat semua kemudahan untuk aku termasuk yuran belajar.

Aku mengambil keputusan untuk berdikari dan aku mencari jalan supaya aku dapat menempuh segala dugaan ini sesungguhnya hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran ibaratkan seperti nasi tidak berkuah, susah senang adalah asam garam kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”

Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

Semasa aku di sekolah dulu ada seorang guruku berkata “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji.

Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana terganggunya fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)

Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Aku mempunyai prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan dan tidak kiralah siapa mereka, Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan, pendidikan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”

Kini akan belajar dari sebuah perkataan keramat iaitu "sabar", jika aku tidak sabar menempuh ujian ini maka aku bukanlah dari golongan orang sempurna, sedangkan hanya di uji sedikit sahaja iaitu papa tidak aku masuk Islam, aku tidak di siksa, aku seperti para sahabat di zaman Nabi dulu.

Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.

Kini aku mesti sabar, tabah dan bersemangat waja, didalam minda telah di rancang apa yang mahu aku lakukan.Sebagai langkah pertama aku mesti kuat fizikal, mental dan kalau aku gagal mengawal emosiku maka akan sia sialah pencarianku selama ini.

0 ulasan: