Rabu, 3 November 2010

SYARAT PAPA




Aku bersungguh mahu memeluk agama Islam, aku sudah nekad, walau apa yang terjadi akan ku harungi dan aku tidak mahu terlambat.Aku sudah yakin.Bertukar agama bagi aku adalah satu jalan yang paling mencabar dalam hidup aku, ini bermakna aku berdepan dengan seribu liku liku yang besar. Aku akan kehilangan keluarga, aku kehilangan kemewahan dan aku hilang tempat bermanja.Mampukah kau wahai Adam? Kadangkala syaitan dan iblis bermain main di hati ku, tapi iblis dan syaitan tidak boleh memperdayakan aku.
Bila aku ikatkan janji dengan Allah dengan syahadahku maka aku berjanji juga dengan papaku iaitu orang yang amat bermakna dalam hidup.

Apakah janji ku pada Allah

KALIMAH SYAHADAH

Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauh mana aku dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah.


Ertinya :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan
dengan tetap) di dalam hati.

RUKUN SYAHADAHKU



- Menetapkan zat Allah.
- Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
- Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama
dengan perbuatan makhluk.
- Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja
yang benar.

SYARAT SYAHADAH

- Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan
dengan lidah ).
- Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak
Allah dan Rasul.
- Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )
- Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )
- Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).
Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang
merosakkan syahadah.

Sebelum aku memeluk agama Islam aku telah belajar beberapa perkara yang boleh
- Tidak Menyekutukan Allah
- Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya.
- Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
- Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
- Menenung nasib dan bermain sihir.
- Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
- Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa (murtad)
- Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-
Quran.Sebenarnya aku belajar hanya pada terasnya sahaja, aku belum banyak tahu tentang Islam lagi, bagi agama Islam adalah agama yang terlalu istimewa

Didalam sejarah Islam ada peristiwa yang menyayat hati iaitu Summayah

Sumayyah binti Khabbab

"Sumayyah binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. di Mekah."


Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam.
Antaranya:

1.Berani menyatakan yang hak.
2.Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah.
3.Memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
4.Memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga

*Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
*Rumah mereka dibakar
*Dicucuk dengan besi panas
*Ditikam dengan lembing
*Dicungkil biji mata
*Dibenam ke dalam air

Itu Summayyah yang di jamin syurga buatnya. Tapi apakah aku sehebat Summayyah dan keluarganya ?

Afiq telah memberi sokongan padaku.

"Adam kamu kena pilih samada mahu Islam atau mahu papa kamu" tanya Afiq " aku keliru, aku tidak mahu susah kerana aku telah biasa dengan mewah, getus hati adam "OK lah sekarang aku nak tanya pada kau " apa syarat papa kau kalau kau masuk Islam" tanya Afiq pada adam yang dari tadi kelihatan sugul sahaja" afiq, papaku tak larang, tapi aku telah letak dua syarat sahaja padanya jika aku masuk Islam dan aku terus tinggal dengan papa iaitu aku tidak di beri makan Khinzir dan aku di benarkan untuk solat jemaah di masjid atau surau"kata Adam " eeeh syarat itu mestilah papa kau boleh terima " kata afiq" OK kalau gitu kau jangan tinggalakn rumah kau buat baik baik dengan papa kau" kata Afiq pada adam " tidak Afiq, selama dua minggu aku sudah cuba duduk di rumah dengan berlaianan agama ini, terlalu azab bagi ku, tiga hari sahaja papaku tidak ajak aku makan khinzir, tapi selepas pada tu dia telah hidangkan khinzir dan memberi berbagai alasan supaya aku makan dan aku rasa tertekan, solat pula papaku kata tak payah solat diluar, di rumah pun boleh solat" kata adam dengan genangan air mata.biarlah aku bawa diri untuk menyelamat imanku" kata adam.

0 ulasan: