Jumaat, 16 November 2012

AGAS DAN AIR HUJAN

Foto : Inilah adalah Madarasah al Muhajirin Kg Shoun, kelihatan kesan kebakaran yang baru berlaku.


Kegetiran ustaz Zainal membina empayar pendidikan tanpa kewangan yang banyak, tanpa sokongan dari org sekeliling tidak melunturkan semangatnya.Di Surau usang itulah ustaz Zainal dan anak muridnya  berteduh dari panas, tanpa air dan tanpa letrik.

Tapi demi sebuah perjuangan maka Ustaz Zainal telah merangka beberapa stertegi pendidikan.Kehadiran Ustaz Zainal diKg Shoun, melaungkan azan 5 kali sehari, berziarah kerumah ke rumah orang kampung disekelilinga itu telah mebuatkan beberapa orang ingin menghantar anaknya belajar dengan ustaz Zainal walaupun bertempat di Surau usang yang lama ditinggalkan dan kedudukanya didalam semak samun pulak tu.

Antara anak murid pengambilan pertama ustaz Zainal ialah Syukri, disinilah bermulanya dunia pendidikan Syukri.Selain jadi seorang pelajar Syukri juga jadi pembantu kepada Ustaz Zainal.Jika hari hujan surau usang itu akan tiris dan seluruh surau itu akan basah.Waktu hujan jugaklah ular,lipan, semut dan bermacam macam lagi binatang akan naik kedalam Surau, bertemu dgn ular, lipan adalah perkara biasa bagi Syukri, Ustaz Zainal dan 4 lagi kawanya

Hujan diwaktu malam adalah amat menyiksakan kerana mereka terpaksa bersekangmata kerana tiada ada ruang yang kering untuk mereka berbaring, mereka terpaksa menunggu hingga hujan reda barulah mereka boleh merebahkan badan.Ini semua dilalu oleh mereka dengan tabah dan sabar


Syukri tidak merasai bahawa kesusahan itu menyusahkan kerana dia pun lahir dari keluarga yang susah.Ayahnya Pak Ibrahim tidak ade pekerjaan tetap hanya kerja kampung sahaja.Manakala ibunya hanya surirumah dan 3 orang lagi saudara pertempuanya pun tidak bekerja.


DiSurau yang usang itulah  kelas untuk belajar dan juga tempat tinggal untuk mereka berenam orang .Tiada sebarang  kemudahan. Jika Syukri, rakan rakanya dan Ustaz Zainal  ingin membuang airbesar adalah amat menyiksakan kereana mereka terpaksa cari tempat didalam semak. 


Dalam pada itu Ustaz Zainal mempunyai cita cita yang tinggi, dia telah mencari nama yang sesuai untuk madarasahnya, akhirnya dia telah mendapat idea, setelah berbincang dengan anak muridnya akhirnya mereka bersetuju memberi nama "Madarasah al Muhajirin", dia mahu di Madarasahnya selain dari pendidikan agama yang jadi tunggak utama dia juga mahu mengajar akedemik disamping kemahiran.


Soal makanminum murid ustaz Zainal sangat bertanggungjawab,walaupun anakmuridnya tidak menimati makanan yang lazat, tapi didalam satu hari tu adalah benda yang mereka makan.Makan 2akali sehari adalah sesekali sekala, tapi makan selalunya sekali sehari sahaja itu sudah memadai.


Ustaz Zainal selain dari jadi guru, dia jugalah yang berusaha menebas semak samun, menebang kayu kayu yang besar dan  membersihkan keliling surau itu.


 selepas subuh ustaz Zainal dengan anak muridnya akan  merepair surau  itu.Selepas dia membetulkan surau dia akan  meyediakan makan minum anak murid yang seramai  5 orang itu dan dia akan   bekerja mengambil upah bekerja mencari duit untuk membeli barang  makanan untuk anakmuridnya itu.


Tiga bulan berlalu pelajar yang 5 orang itu sudah mula menampakan kemampuan mereka didalam bidang al Quran,Hadis dan fardu ain.Ustaz Zainal akan mengajar pada 10 pg dan berhenti pada jam 12 tgh untuk memasak, solat zohor. Jam 2 petang uztaz zainal akan menyambung kuliahnya pada murid muridnya.


Orang kampung mula datang berziarah dan  cerita tentang Madarasah al Muhajrin itu dan   telah mendapat tempat dihati orang kampung dan akhirnya sedikit demi sedikit usaha ustaz Zainal telah menampakkan hasilnya.Ramailah orang kampung bertanya dan ingin menghantar anak anak belajar.Ustaz Zainal tidak mengena sebarang yuran walaupun dia didalam keadaan yang sangat terdesak.


Cuma syaratnya ibubapa kalau ada beras hantarlah beras,ikan atau apa sahaja barang makanan.Tujuan utama ustaz Zainal  ingin mengajar ilmu yang dia belajar untuk mendidik anak anak umat Islam ini.


Pada setiap hari sabtu pagi ustaz Zainal akan mengadakan kelas pengajian untuk kaum dewasa.Selepas subuh ustaz Zainal akan membawa kereta Mazdanya itu keliling kampung mengambil para ibu ibu dan juga kaum bapa untuk datang belajar ke Suraunya.Kegigihan ustaz Zainal ini telah membuatkan dia begitu di hormati.


Pengajaran di Surau  ustaz zainal tidak tertumpu pada belajar sahaja.Anak muridnya dididik tanam padi, buat kolam ikan, tanam sayur, pelihara ayam itik dan lembu.Ini semua adalah untuk untuk   membaiyai makan minum pelajar.


Ada juga anak murid yang pandai dilantiknya jadi guru membantu mengajar budak budak yang tidak berapa pandai.Langkah stertegi ustaz Zainal ini rupanya mengundang  dendam kesumat pada orang yang tidak senang melihat kejayaanya .adat dunia begitu lah

Bila malam menjelma agas dan nyamok adalah teman Syukri dan rakan rakan, badan mereka seperti sudah kebal dengan gigitan malah sudah tidak terasa lagi.Kata ustaz Zainal, "darah yang dihisap oleh nyamok tu rezeki untuk hidup,lagipun nyamok tidak hisap banyak tak sampai setitik pun setiap ekor, biarkan dia mengigit" kata ustaz Zainal.

..........sambung....................



0 ulasan: