Khamis, 15 November 2012

Liku Liku Seorang Pendidik

Berkenalan dengan Syakirah yg merupakan   seorg gadis yg  memiliki pakej,ada rupa, pandai bercakap dan ada daya usaha ingin memajukan diri serta pandai bergaul.

Selama 3 hari kami  berkampung di Kg Shoun bersama dengan Helmi Murad dan Nizam begitu banyak pengalaman menarik.

Perjalanan kami yang memakan masa 5 jam dari Phnon Phen dengan menaiki kereta Mazda yang berusia 20 tahun  mengundang tidak keselesaan kerana cara pemanduan ustaz Zainal sangat mencabar, setiap kali berselisih dengan kenderaan lain membuat hati saya berdebar debar, lori, van, kereta semuanya laju dan muatanya tida terhad dan dalam keadaan mata ustaz zainal yang mengantuk itu bertambahlah lagilah ketakutan saya.

Kami hanya mampu berdoa saja.

Kedatangan saya ke Kemboja pada tahun 2009 ini merupakan kali ketiga dan  racanganya untuk meraikan hariraya korban di Kemboja.Saya mengenali ustaz Zainal ini adalah melalui anak muridnya yang bernama Syukri.Dia telah memberi nombor talipon itu pada saya dan saya mengubunginya di Kembohja kerana saya belum ramai lagi kenalan disana pada ketika itu.

Syukri adalah seorg anak perantauan yang sangat gigih.Lahir didalam keluarga yang susah,bapanya bekerja kampung, ibunya tidak bekerja dan ada 3 org lagi saudara perempuanya.Sebelum dia lahir ayahnya telah bernazar,kalau anak yang lahir ini lelaki dia akan hantar anaknya ini belajar dan jadi orang pandai dan mudah mudahan jadi anak yang soleh.Ayahnya ibrahim tahu bahawa kemiskina keluarganya tidak akan berubah kalau dia tidak mahu berubah.Kemiskinan yang banyak diwarasi oleh umat Islam di Kemboja itu  adalah hasil dari "kekejaman"polpot yang memusnah hartabenda, kekayaan serta tamadum. 

Retetan Sejarah kekejaman Pol Pot.

Sepanjang penguasaan "Regime of Democratic Kampuchea (DK) (1975-1979) yang dipimpin oleh Pol-Pot dan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Kampuchea telah meninggalkan kesan sejarah kezaliman manusia yang besar. Dimana dalam tempoh 3 tahun 8 bulan 20 hari pemerintahannya seramai lebih 1 juta orang terkorban. Bahkan terdapat catatan yang mengatakan hampir 3 juta orang yang terkorban diseluruh Negara Kemboja (1). Manakala 6 juta lagi penduduk Kemboja yang terselamat dihantui oleh trauma yang berpanjangan, di samping mewariskan kemiskinan, menjadikan Negara Kemboja ketinggalan 30 tahun dibelakang pembangunan kebanyakan negara-negara lain di rantau ini.
Mangsa pembunuhan kejam Pol-Pot yang paling menonjol ialah kumpulan etnik Cham. Sebelum Khmer Rouge (2) menguasai Kemboja, dianggarkan orang-orang Islam Cham meliputi 10 peratus (700,000) dari 7 juta jumlah penduduk Kemboja ketika itu (1975). Tetapi selepas kejatuhan Khmer Rouge pada tahun 1979 terdapat hanya 200,000 etnik Cham yang masih hidup. Dengan itu dari sejumlah 2 juta rakyat kemboja yang terbunuh, 400,000 hingga 500,000 daripadanya ialah dari etnik Cham.
Diantara sasaran utama kekejaman Khmer Rouge ialah ummat Islam dari etnik Cham. Untuk menyagerakan polisi "menghapuskan kepercayaan beragama", mereka telah memaksa orang-orang Islam Cham meninggalkan amalan beragama. Mana-mana pemimpin Islam yang kelihatan mempunyai pengaruh dikalangan masyarakatnya akan dibunuh. Sembahayang, berpuasa, zakat dan perayaan Islam dilarang samasekali. Bahkan Al-Quraan, kitab-kitab agama, dan peralatan ibadah, seperti kain sarung, kain telekong solah bagi perempuan dirampas dan dibakar. Mereka juga dipaksa memakan daging babi dan wanita Islam dilarang bertudung.
Sebahagian orang-orang Islam Cham patuh kepada arahan tersebut. Manakala sebahagian yang lain terpaksa melarikan diri untuk meneruskan amalan beragama mereka. Di antara mereka ialah "Him Leh", beliau adalah salah seorang pemimpin Khmer Rouge di kampung Po Tonle. Beliau telah mengarahkan orang-orang Islam Cham melarikan diri ke Vietnam. Walaubagaimana pun akhirnya Him Leh sendiri ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Tuel Sleng ( S-21) sehingga mati dipenjara tersebut.
Untuk menghilangkan identiti Muslim Cham, Pemimpin Khmer Rouge menghalang pengunaan nama yang biasa diguna oleh masyarakat Islam Cham. Mereka dipaksa mengunakan gaya nama Khmer. Mereka juga dilarang bertutur mengunakan bahasa Cham. Sebagai penguatkuasaan, mana-mana penduduk Cham yang mengunakan bahasa Cham akan dibunuh. Akibatnya selepas 1979 generasi baru Cham tidak lagi tahu bertutur dalam bahasa Cham. Bahkan pada hari ini, keturunan Cham yang tinggal diwilayah kompot,Sihanoukville,Kampong Luong diWilayah Kandal dan Chrang Chamres Village di Phnom Penh tidak boleh bertutur dalam bahasa Cham.
Pari Komunis Khmer Rouge sebenarnya bukan hanya memusuhi Islam, bahkan sebarang kepercayaan beragama. Namun oleh kerana masyarakat Islam yang paling menonjol dan komited dengan ajaran dan amalan beragama, maka sasaran utama Khmer rouge dihalakan kearah orang-orang Islam lebih daripada penganut agama-agama lain.

Kini masyarakat Islam Kemboja kembali berpapah untuk bangun semula dari rebahnya yang panjang. Dalam keadaan dihambat oleh berbagai kepayahan dan kemiskinan selepas perang, mereka mula bagun membina identiti beragama khususnya dikalangan Masyarakat minoriti Islam yang masih ada.

Syukri telah 4 tahun belajar di Madarasah Salehuddin Di Hulu Langat.Syukri adalah 5 orang yang terawal anak murid Ustaz Zainal sewaktu membuka Madarasah al Muhajirin di Shoun itu.Pada ketika itu ustaz Zainal baru balik dari belajar di Mesir dan beliau merupakan orang Malaysia yang merantau ke Kemboja dengan satu tujuan iaitu ingin mempertahankan Islam di Kemboja. 


Kehadiran ustaz Zainal sebagai seorang alim itu disambut baik oleh orang Kemboja dan keberanian serta kewibawaanya yang luarbiasa membuatkan dia lebih dikenali sebagai orang Kemboja.

Laluan untak Zainal membuka madarasah bukanlah laluan yg  mudah, dia berhijrah dari satu madarasah kesatu madarasah untuk menguji diri dan kemampuanya.Tapi tidak ada yang sesuai dengan jiwanya.Akhirnya ustaz zainal merantau ke Kg Shoun,Ustaz Zainal telah berjumpa dengan ketua kampung Shoun dan mencadangkan hasratnya.
Niat murninya telah dapat sokongan dari penduduk kampung dan dia telah berjumpa dengan sebuah surau yang tertinggal di Kg Shoun itu, maka di surau itu tapak pendidikan untuk anak anak kg Shoun itu bermula


........bersambung...........


0 ulasan: